Sunday, 14 April 2013

Seminggu Dalam Lipatan Sejarah

Sambutan Hari Lahir Muhammad al Fateh

Saya ada 2 cahaya mata. Kedua-duanya hero.
Yang sulung nama Soleh Faiz, 4 tahun.
Yang kedua Muhammad al Fateh 2 tahun.

Hari ini genaplah usia Muhammad al Fateh 2 tahun.
Jadi keluarga sebelah isteri pun nak buat surprise buat sambutan hari lahir untuk Fateh.
Thanks to Acu Husna dan Acik Huda sebab tolong tempah kek birthday.


Abang Soleh yang excited lebih nak potong kek....

Jap ye ayah nak potong kek untuk Fateh.....
Adik suap abang....Moga-moga hubungan erat ini kekal selamanya

Abang pulak nk suap adik.......


Ayahku Seorang Yang Gigih 

Ayah saya seorang pesara guru.
Last position di PPD Kerian sebagai Penyelia Pembangunan.
Waktu berkhidmat dahulu, Ayah seorang yang sangat komited dengan kerja.
Dan kami sekeluarga sendiri dapat rasakan yang beliau sangat menyukai tugas yang disandang.
Walaupun sering kali keletihan, tapi Ayah Seorang Yang Gigih.

So bila dah pencen, Ayah terpaksa mula suaikan diri dengan suasana baru.
Duduk lepak di rumah tanpa ada sebarang aktiviti, amat membosankan Ayah.
Ayah mula cari aktiviti di luar.
Dan hasilnya........

Ayah berseluar biru sedang memantau aktiviti menggemburkan tanah
Ayah ada sebidang tanah warisan keluarga, di Kampung Kedah, Parit Buntar.
Tanah ni dah lama sangat terbiar.
So Ayah cadang nk usahakan jadi kebun sayur.
Kebetulan jumpa dengan seorang Bangla yang sudi nk kerja.

Sekarang tanah yang diusahakan baru 5" x 10"
Bangla tanam kangkung,bayam merah,bayam hijau dan sawi.
Mula-mula tanam ramai sangka macam tak hidup ja.
Tengok lah rumput dan semak sekeliling.

Tapi....minggu lepas dah mula tuai hasil.
Percaya atau tidak, tiap hari hasil yang di tuai tak kurang dari 20 kg !!!
Bayam,sawi dan kangkung sahaja.
Income harian sekitar rm30 - rm40.
Wow, itu baru yang sekangkang kera.
Kalau di buat bersungguh-sungguh,pastu lebih lumayam hasilnya.

Ayah hanya sekadar jual pada orang setempat.
Pagi jenguk sekejap dalam 30min.
Petang,sejam sebab orang dah mula datang nk beli.
Semakin hari semakin bertambah pelanggan yang datang.

Minggu ni dah mula jual borong pada pembekal di pasar Parit Buntar.
Alhamdulillah rezeki datang tanpa disangka.
Rezeki "berbakti pada tanah".....




Tuesday, 9 April 2013

Tanyalah Ustaz

TANYALAH USTAZ......

Q 1: Apakah hukum bercouple? 


Pagi tadi saya keluar jumpa sahabat baik saya.
Minum pagi sambil berbincang pelbagai perkara.
Tetiba keluar lah satu topik perbincangan yang menarik.
Tajuk dia "apakah hukum bercouple" ?

Sebab tercetusnya bab ni kerana sahabat saya ni seorang penceramah motivasi bebas.
So ada sekali tu tajuk yang diberikan kepada beliau, tentang masalah "couple" di sekolah.
Jadi bertanyalah sahabat ini kepada saya.

Sebelum menjawap soalan beliau, suka saya nyatakan disini,saya bukan lah seorang Ustaz.

Jauh sekali seorang Alim yang mampu memberi fatwa.

Cuma saya punya rakan-rakan dari kalangan para Ustaz.

Jadi rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat yang ada dengan kalian semua.

Untuk menjawap soalan di atas, ada beberapa soalan kecil yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Apa tujuan ber"couple" ?
- kalau jawapannya : sekadar suka-suka,
jawapannya adalah HARAM

- kalau jawapannya : untuk mengenali diri pasangan tersebut atas niat nak berKAHWIN
jawapannya adalah HARUS selagi mana masing-masing menjaga batas-batas pergaulan dan tata susila Agama.

Bila masa yang sesuai untuk ber"couple" ?
....................???

Yang tu kena tunggu  Part 2 .....



Monday, 8 April 2013

TAZKIRAH : BERNIAGA TANPA RUGI ???

السلام عليكم ورحمة الله تعالي وبركاته

Hari ini aku nak kongsi sikit tazkirah yang aku baca dari blog Prof Muhd Kamil.
Perkongsian yang disampaikan oleh seorang kenalan beliau ni amat menarik minat ku.
Bagi yang sukakan tazkirah / nasihat / input yang bermanfaat setiap masa, boleh lah melayari website ini:
http://www.muhdkamil.org

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menjana "keuntungan" HAKIKI di Akhirat nanti.
Selamat membaca.

peluang berjaya dalam bisnes premium beautiful bersama hanis haizi



Magik: Berniaga tanpa rugi

5 Rabiul Awal 1434
Logik kehidupan kelihatan sangat mudah. Setiap manusia sepatutnya mengejar nikmat akhirat dan dunia secara maksima. Garis panduannya juga cukup mudah, melaksana (meninggalkan) apa yang disuruh (dilarang) oleh Allah SWT. Ia tidak perlu dimanipulasikan dalam apa keadaan sekali pun.
Prinsip usahawan akhirat dan kekayaan dunia perlu dilihat dalam konteks matlamat utama iaitu kehidupan yang kekal abadi di syurga. Maksudnya, kita meyakini betapa memberi keutamaan kepada akhirat tetapi kemudahan dunia yang dianugerah Allah – In'sya Allah – akan menyusul secara semulajadi. Malah kehidupan dunia itu menjadi menarik sekali.
Perhatikan ayat 14, surah al-Imran yang boleh dikaitkan dengan nikmat maksima dunia yang disukai oleh manusia,
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".
Kemudian perhatikan pula ayat 15 surah yang sama. Allah menyatakan secara jelas tentang nikmat syurga yang perlu dikejar oleh setiap manusia.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.
Kisah mengejar "akhirat dan dunia" ini mengembalikan ingatan saya kepada masa lampau. Ia kisah hampir 25 tahun yang telah berlalu. Kerjaya saya bermula dengan jawatan Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat pengedaran barangan perkakasan rumah. Ia perniagaan menggunakan skim bayaran kredit ansuran bulanan secara Murabahah. Pada dasarnya, ia merupakan skim kredit pertama secara Islam. Ada proses akad dan tidak mempunyai unsur-unsur riba.
Kami mempunyai 15 usahawan Islam sebagai franchisee. Mereka sangat gigih berkerja walaupun berbeza hasil pendapatan. Salah seorang daripada mereka – Rahman – sangat berjaya. Jumlah perolehannya bernilai jutaan ringgit sebulan. Beliau boleh digambarkan sebagai seorang yang sangat berbudi bahasa, fokus, berpandangan luas dan tegas dalam membuat keputusan perniagaan. Hasilnya, apa sahaja kelihatan mudah buat beliau. Saya pernah bertanya kepada Rahman
"Kenapa Allah sayangkan kamu? Dia memberi segala kekayaan kepada kamu dengan senang sekali berbanding dengan yang lain. Bagaimana aku ingin capai kekayaan seperti ini?"
Beliau diam. Langsung tidak mempedulikan soalan anak muda yang masih mentah dalam kehidupan dunia. Namun saya terfikir mungkin juga Allah memakbulkan doa-doa yang dipohon oleh beliau. Itulah lintasan hati. Dan ia tentunya berkait dengan keyakinan saya sendiri betapa manusia perlu berdoa kepada Allah SWT.
Malah saya selalu teingat bagaimana Prof MKI berdoa kepada saya dan rombongan usai solat Dhuha di masjid Segamat. Ketika itu kami mahu memulakan perjalanan ke dalam hutan untuk berdakwah kepada orang Asli. Beliau sangat bersemangat, bersungguh dan teliti menyampaikan baris-baris permohonan kepada Allah SWT. Beliau berdoa agar Allah melempahkan rezeki yang halal dan berkekalan kepada kami. Prof MKI memohon agar rezeki ini dipermudah, tidak disangka-sangka dan datangnya dari semua arah.
Barangkali Rahman juga sentiasa berdoa seumpama itu.
Umumnya, setiap usahawan mengharapkan setiap perniagaan membawa untung. Mereka tidak mahu rugi, ditipu dan tentu sekali mahu perniagaan ini kekal selama mungkin. Lalu usahawan pastinya berdoa agar sentiasa sihat sejahtera bagi memajukan perniagaan mereka. Mungkin banyak lagi perkara sisi yang didoakan oleh mereka agar perniagaan membawa kepada hasil yang dicitakan.
Rahman cemerlang. Beliau berkerja keras dari pagi sehingga lewat malam bagi mencapai sasaran jualan. Di antaranya, beliau seorang yang pemurah dan suka berhibur dengan rakan-rakan. Apa pun, beliau tetap akan sampai ke pejabat sebelum jam 8 pagi.
Saya melihat beliau juga mudah mendapat pinjaman bank. Kemudahan kredit ini membolehkan beliau membeli stok barangan dalam kuantiti besar dan dapat pula menjualnya dengan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran. Malah khidmat selepas jualan beliau terpuji. Beliau sering mendapat kejayaan dari tawaran tender kerajaan. Pada saya, beliaulah orangnya yang mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka, mudah, senang, seolah-olah ia turun dari langit dan keluar dari bumi.
Hasilnya, kedudukan kewangan syarikat sangat kukuh. Bank lebih mempercayai untuk memberi kemudahan kredit, keuntungan bertambah dan pertumbuhan perniagaan melebihi 20 peratus. Ia luar biasa.
Suatu hari – usai solat Jumaat – Rahman bertanya, "apakah doa yang awak mohon Zaini?". Ia soalan mudah. Saya bercerita, "saya mohon ampun, sihat, murah rezeki dan …….. ". Kemudian beliau berkata, "hari ini saya akan menjawab soalan kamu dahulu, bagaimana mahu menjadi kaya-raya".
Rahman membawa saya menaiki Mercedes S300nya ke sebuah rumah di Ulu Klang. Ketika inilah beliau bercerita,
"Saya suka membaca buku-buku biografi mengenai kejayaan seseorang dan amat suka bertanya mengenai pengalaman perniagaan dari usahawan-usahawan yang lain sebagai panduan dan sempadan untuk saya amalkan dalam perniagaan sendiri"
Kami tiba ke destinasi. Ia sebuah rumah anak yatim. Lalu beliau meminta saya memberi RM100 sebagai derma kepada rumah Anak Yatim tersebut. Gila. Ia jumlah besar bagi seorang Pegawai Pemasaran yang baru berkerja. Ia jumlah amat lumayan untuk diberi-beri begitu sahaja.
"Zaini, kau kata mahu kaya macam aku. Jika mahu kaya ikutlah cara aku. Janganlah takut untuk mengeluarkan wang bersedekah. Mereka yang bersedekah diibaratkan memberi pinjaman ikhlas kepada Allah. Allah sudah berjanji dengan menyebut yang ia merupakan pelaburan yang menjaminkan pulangan berlipat kali ganda baik dari segi harta serta nikmat dunia yang lain. Lebih penting ia membawa kita kepada keseronokan kehidupan abadi".
Ya! Kini saya sangat memahami.
Saya mempercayai dan meyakini hakikat ini. Ramai di antara kita agak keliru dengan hanya membuat perbuatan kebaikan yang berbentuk "percuma"  untuk mendapatkan kekayaan. Mereka hanya berkerja keras, mengikut suruhan dan larangan Allah secara khusus semata-mata – misalnya – solat malam, dhuha dan berpuasa sunat. Namun mereka amat kikir mengeluarkan wang setimpal dari kekayaan yang sedia ada untuk bersedekah.
Islam mengajar manusia untuk bersedekah dan berzakat. Ia sudah jelas termaktub dan dipersetujui oleh ramai orang betapa ia perlu diamalkan untuk menjadi manusia yang kaya. Malahan seorang kenalan saya – bukan beragama Islam – bukan sahaja menderma harta benda tetapi termasuk juga organ-organ beliau. Pertalian di antara mereka yang bertaraf jutawan dengan amalan berderma telah dibuktikan secara statistik.
Ia tidak mudah mahu menjadi jutawan. Ia memerlukan ketabahan, kesabaran dan sikap tidak berputus asa jika menghadapi sebarang masalah perniagaan. Di antara rintangan besar yang menghantui ahli perniagaan adalah untuk mendapatkan pinjaman kewangan yang melibatkan riba, sogokan untuk mendapatkan projek, "bersosial" dan yang paling digeruni adalah timbulnya perasaan tamak dan bangga diri. Menjaga diri sangat penting dalam perjalanan perniagaan dan penghidupan seseorang usahawan akhirat.
Tentu sekali tidak salah mempunyai Villa, berkereta mewah atau bergelar Dato atau Tan Sri asalkan janganlah menjadikan kehidupan dunia ini sebagai tujuan tunggal. Kekayaan membuat kita terlupa pada diri sendiri yang akhirnya akan membinasakan diri di dunia dan akhirat. Paling baik, ikutlah resam padi, lagi berisi lagi tunduk. Jadilah jutawan yang sentiasa memberi, membantu, bersedekah dan menderma agar semua orang gembira dan mendoakan kebaikan bersama.
Sebagai usahawan akhirat kita perlu beringat betapa perniagaan dunia hanya bersifat sementara. Perniagaan yang sebenarnya adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui surah As-Saff, Ayat 10 dan11 yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui".
Saya mohon maaf kerana menyampaikan kuliah yang agak panjang pada kali ini. Biarlah saya akhiri dengan memohon pada Allah,
Hanya padaMu kami pohon,
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, Kami berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, Kami berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, kami berlindung kepada-Mu dari sikap sombong dan bangga diri, kami berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. Ameen.
- Dato' Dr Mohd Zaini Mohd Ariff

Saturday, 6 April 2013

BERANI BERNIAGA..........ADA BERANI ???

Assalamualaikum WBT
Apa Khabar semua.....

BERANI BERNIAGA 2013 !!!

Masa kalau tak diurus dengan betul memang akan ter"bazir" dengan begitu sahaja.
Pejam celik pejam celik, dah 2 hari xupdate blog......huhuhu :-(
Nak cari alasan memang 1001 alasan dapat ku catatkan kat sini.
Tapi bukan tu cara yang betul untuk per'betu'kan apa yang dah berlaku.

Sikap BERTANGGUH memang budaya kebanyakkan dari kita.
So aku kena Perangi sikap suka BERTANGGUH ni habis-habisan !!!
Allahu Akbar !!!


Sebenarnya kelmarin aku pi ikut satu seminar nie.
"TERBAIK" ialah apa yang aku dapat katakan.
Memang sebelum-sebelum ni aku pernah juga ikut macam-macam seminar Dr.Azizan ni.
Memang bagiku seminar macam ni TERBAIK buat anak-anak bangsaku ,tambahan yang beragama Islam.

Kenapa????

Bagi yang tak pernah hadiri kelas/seminar camni memang tak tau apa yang bagus sangat dengan seminar camni.
Ramai kita kata "ala biasala seminar camtu....bukan bagus sangat pun..."

Sebenarnya, bangsa kita makin hari makin terkebelakang berbanding dengan bangsa yang lain.
Semua tu sebab kita TAK BERANI !!! 
Nak ubah ekonomi keluarga untuk jadi makin BAIK pun TAK BERANI !!!
Nak ubah diri sendiri jadi lebih baik pun TAK BERANI !!!
Jadi tak perlu lah nak cite tentang nak Ubah Masyarakat / Negara / Dunia dan sebagainya.

Ramai dikalangan kita bila dengar kata "jom berniaga", semua menolak.
Macam-macam pandangan yang Negatif dilontarkan.
Bukan bagi idea yang lebih Bagus,tapi lebih kepada mem"bunuh" dan me"lemah"kan pemikiran kita.
Inilah sikap bangsaku DULU,KINI dan SELAMANYA........

Tapi bagi generasi BARU yang sekarang ni dah makin Celik....
Kita nak bina generasi AKAN DATANG yang hebat....
So kita kena mulakan dari sekarang.
Didik pemikiran kita supaya Bebas dari sebarang bentuk pen"jajah"an.
Ubah konsep budaya meLAYU yang dah lapuk.
Kaji pemikiran /budaya ISLAM yang sebenarnya....bukan "kosmetik"

Baru kita dapat lahirkan GENERASI BARU MELAYU ISLAM yang HEBAT.
Baru boleh sembang nak ubah Masyarakat / Negara / Dunia.

Seminar macam ni FREE je.
Yang pi pula 99% Orang Islam.
So kalau sempat daftar lagi,cari lah masa,hadir walaupun sekali.
Pasti anda akan terpaut Hati.
Pasti akan ter"Transformasi" pemikiran anda.
Dan yang paling penting akan berlaku sedikit perubahan dalam diri Anda (walaupun sedikit)

So,apa tunggu lagi.....jom pi seminar (ehh....yeke????)
BUKAN !!!!
Point dia ialah cari ILMU,ILMU dan ILMU.
Sebab ILMU yang boleh ubah semua tu.

Seminar mana-mana pun bagus.
Selagi mana berkongsi Ilmu yang berManfaat.

Nasib anda diTangan ANDA SENDIRI

"ANDA KAYA DAN BERJAYA" - dr.Azizan Osman
http://www.azizanosman.com/seminar.html

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Bubar........Tiba Masa PRU 13

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Juga buat kaum Keluarga Baginda
Serta para Sahabat RA

PARLIMEN DAH BUBAR !!!

Isu yang paling hangat di perkatakan pada hari ini.
Rata-rata akhbar memperkatakan tentang Tajuk Besar ini.
Seumpama satu penantian yang lama akhirnya tiba jua Masanya.
PRU 13, satu kelainan yang amat dirasai oleh semua rakyat jelata.



Apapun bersaing lah dengan mengikut lunas-lunas Agama.
Politik,politik la juga.....tapi jangan la sampai putus silatul rahim.
Jangan sampai tak bertegur sapa.
Jangan sampai tak pi solat kat Masjid (sebab nie Msjid Hijau / Biru )

Ramai antara kita merupakan first time buang undi.
So dah tau ke macam mana proses membuang undi?
Tahukah kita hak-hak kita sebagai pengundi?
Ni ada video yang menarik untuk jadi panduan ringkas bagi yang tak pernah buang undi.
Selamat Menonton :-)

http://www.youtube.com/watch?v=nHwcGQ1Lw1w

Tuesday, 2 April 2013

A long Journey begin with a Single Step

Assalamualaikum W.B.T
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan

"1000 batu perjalanan bermula dari SATU LANGKAH PERTAMA......"

Salam Sejahtera buat anak-anak ayah, isteri yang tercinta Noor Hafizah, ibu Pn.Rahaya dan ayah Hj.Md Noor...... seterusnya para pembaca sekalian.

Permulaan kata mungkin ada sedikit kecanggungan dalam penulisan ini memandangkan diri ini bukanlah seorang yang sasterawan,pandai dalam penulisan. Oleh itu diharap para pembaca sekalian dapat menerimanya dengan seadanya.

Blog ini daku semai seumpama sebutir benih yang daku harapkan akan hidup membesar menjadi pohon yang rendang, lantas memberi manfaat pada manusia dan makhluk yang lain.....

Blog ini sebagai tanda "bermulanya perjalanan hidupku sebagai seorang MUSLIM"
Bukanlah aku seorang yang baru memeluk agama Islam yang Suci ini,
Bahkan aku berSyukur dilahirkan dalam keluarga Muslim.
Ianya lebih kepada perjalanan hidupku sebagai seorang Muslim yang akan daku catatkan sentiasa dalam blog ini.
Moga-moga ianya memberi manfaat pada yang lain....Terutama sebagai peringatan pada diriku yang sering alpa.

Usiaku semakin meningkat menjangkaui 30an.....banyak yang dah ku harungi......dan sudah PASTI masih ada BANYAK yang perlu daku pelajari.......
dari sebuah Universiti Kehidupan.

Namun tidak sedikit pengalaman yang aku kutip dalam kehidupan ini.
Kehidupan masih berjalan....... hinggalah ke suatu masa yang mana akan sampai jua Penghujungnya.

Asalnya hanya dari desakan seorang Sahabat untuk membuat blog harian......sebagai tanda komitmen dan komited ku dalam usaha kami untuk sama-sama menjadi Usahawan/Jutawan/Hartawan Muslim yang terbilang.

Maka terhasil lah apa yang kalian baca sekarang.
Terima kasih Sahabat atas nasihat dan Desakan yang kuat untuk aku maju kehadapan.

3 April 2013
11:50pg
Dari Kamar Bacaanku